Friday, February 28, 2014

13. Lagi post idea-idea Diamond Applique!!!

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam dan hai!!
hehehhehe lamanya xterjah belog sepi ni!! hehehehhe..
hari ni me ada sedikit masa n kerajinan yang dikumpul selama 2minggu untuk mencari bahan n idea merapu dalam belog ni..

hari ni me nx share lagi ida-idea atau contoh-contoh serta betapa kretifnya manusia-manusia muka bumi ni mempelbagaikan sesuatu bahan atau produk tu..hehehhehehe...

seperti biasa me akan creditkan juga sumber darimana me dapat ye..
semoga dapat membantu awak-awak sekalian...

ini bukan untuk bakal B2B sahaja malah mak handam pak andam, bridal juga oley survey2 borong dari me...


I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V


Untuk hari istimewa..hehehhehehe~
boley survey dekat belog ni Sari and Me

haaaa cantikkan si gadis tu menggayakan applique? kretif sangat taw...

rasa ramai da taw page Facebook Qamraa Boutique kan??
mereka ni superb taw...boley terjah2...
veil ni guna Applique jenis Crown V yang tersangat hot item!!

awwwww so suweeetla dis doll!!! hehehehehehe~
buat headband menggunakan Applique jenis Spartan

 
tengok dekat belog beliau !!! cantikkan dress bertandang beliau!!
me jumpa n teros nx bagi contoh n idea pada korang!!

sape kata Applique hanya untuk tudung, veil, baju sahaja??
Kasut pom Ok!!! nx dengan xnx sahaja...
LINK



nah!!! lg 1 idea me bagi kat korang!!!
LINK

ok2 la korang.. me nak tido dulu.. PONATTTT~ 
gambar-gambar semua kat atas ni me hanya bagi idea n rjukan pada u olllss sahaja...

untuk tengok jenis Diamond Applique yang me jual boley jengah-jengah dekat entry Diamond Applique...
insyaAllah next entry me update design baru lagi taw!!hehehhehe tata!! muahmuah..
SALAM





Thursday, February 13, 2014

12. Meniaga ni mencabar


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

salam dan hai!!
hehehhehe~ tengok tajuk entry pun macam taw-taw aje nak cerita tentang bisnes kan?

yes!! im am a business woman!!
TEEETTT!! ngko jual apa me??
ok kalau nak tahu me meniaga apa awak-awak semua boleh la pegi ke label DIARADIARIESOWNER..
atau boley pergi FACEBOOK me atau INSTAGRAM me for more details...

sebenar benar dan benarnya me seorang yang cepat marah, cepat melenting, kurang sabar sepanjang i olls hidup dimuka bumi ni selama 18tahun iaitu after SPM la kan..
xpercaya ce tanya orang-orang yang kenal me di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor (SSI), 
Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor (TIJB)..
tapi me taw korang xtanya pun korang percayakan??bhahahhahaa~

tiba-tiba PUKKKKKK!! me tercampakla di 
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor..
nama dulu dia ialah Maktab Perguruan Batu Pahat 
then diubah kepada Institut Perguruan Batu Pahat 
sebelum last sekali nama terkini seperti tertera diatas.
nampakx me da abezkan masa hidup me selama 5tahun setengah disana?
woohoooo kalau kawen mau anak 3 nak masuk 4 da kan??hahahhaha
but i chose education first..

then after study me tak ada buat apa..
menganggur, menggemukkan diri, abiskan beras minyak nugget kat umah...
nak kerja tapi mak macam tak percaya je...
ntahlaaa~
then sementara menyiapkan preparation Pak Kopang Kopang Gibing apa yang patut maka me pun fikirlaa,,
me kan bercita-cita besar nak buka ladang lembu dan kambing, nak buka ladang pertanian..
so kenapa tak nak ceburkan diri sikit-sikit cuci tangan dalam bidang ni kan?

Dengan gigihnya me mencari perniagaan yang me suka minat sebab 
kita akan suka dan nikmati proses cabaran dan kepayahan nak mencari duit tu kan?

Ok apa me nak ceritakan ialah,, perniagaan ni sesuatu perkara yang mencabar.

1. Penipuan. 
Boleh berlaku pada  sesiapa sahaja dalam hierarchy perniagaan samaada peniaga, pembeli, pemborong kita boleh terkena pada mana-mana sahaja.  

2. Kepercayaan.
Ini pun sama berlaku kepada mana-mana rantai perniagaan. maka nak membentuk perniagaan perlulah ada yang no 3 dan no 4 ini iaitu:

3. Kesabaran.
Fuhhhh!! ni tahap cipanzi merengek kehausan la bila cerita bab kesabaran.. tak akan habis cerita mengenainya. yess, customer always right but sometimes they got so many-many ragam u noe? Time ni la me cabar diri me untuk ubah perangai dari cepat melenting kepada lebih sabar n selain tu belajar cara kerja yang lebih sistematik dan cara menguruskan pelanggan. macam kita belajar pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran la kan..hahahhahahahaa

4. Ketekunan.
Tekun dan konsisten itu memang sangat-sangat perlu ada pada diri kita sebagai peniaga. Rasullullah sendiri penah berkata 9/10 pintu rezeki adalah melalui perniagaan. And now i realize that.. Allahuakbar!!

11. Contoh-contoh Tudung Dan Veil Diamond Applique lagi!!

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


demam Diamond Applique lagi!!

me rasa sangat best n enjoy berniaga taw...
lagi-lagi barang-barang panas macam pisang goreng makan dengan sambal kicap.. 
pewhhhh!! layannnn~
Meniaga kan 9/10 pintu rezeki..
so tak salahkan mencuba...

ok2.. ni me sertakan beberapa idea atau contoh yang boley awak-awak 
padankan sebagai rujukan kalau nak DIY tudung dan veil sendiri kan?

Me sertakan juga link mana sumber me ambil supaya tidak disalah anggap oleh 
empunya hak dan menuduh me mencuri..
Kalau berminat boley terus tekan LINK tersebut then beli sahaja yang dah siap!!
Andai me terlepas pandang atau terlupa link kan mana sumber me maka tegurla me 
dengan penuh saksama dan adab ye..
jangan melulu dan saman2 pula...
kita sama-sama cari makan.. gitu,, ayat sedih keluar~

ok2 me bagi contoh-contoh yang B2B boleh hasilkan ye ikut kreativiti awak-awak 
semua guna Diamond Applique ni..
Lepasni awak-awak semua boleyla share-share dengan me balik k... 
sharing is caring rite..





https://www.facebook.com/photo.php?fbid=706039562750099&set=pb.114747295212665.-2207520000.1392221120.&type=3&theater
ok ketiga-tiga hasil shawl diatas yang dihias dengan Applique Crown V
adalah hasil superb dari MISSLADYANASHOPS ..
Korang boley terjah terus page Facebook beliau kaau nak beli readymade punya..
Jimat ugak.. Jimat masa, jimat minyak kete, jimat tawar air liur menawar..hahahaa

Untuk tengok-tengok dan jengah-jengah koleksi-koleksi Diamond Applique yang 
me ada awak-awak sema boley tengok terus di 

atau
Entry blog : Diamond applique
atau
Whatsapp : 013 726 4001 
(whatsapp sahaja, tiada kol mahupun mesej ye)



Tuesday, February 11, 2014

10. TUTORIAL Centerpiece & Balang Kaca

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Hai u olllsss.. 
harini me nak share dengan korang entry tentang tutorial aka cara-cara membuat centerpiece atau menghias balang kaca untuk diletakkan di candy buffet...

idea me tidakla meletopss macam orang-orang lain tapi sementara menganggur makan anggur kat umah ni y not me rajinkan tangan me membuat sesuatu yang berfaedah kan.. 
Selain menjimatkan fuluss $$$ awak-awak semua dalam persiapan perkahwinan atau sesuatu majlis 
kita juga dapat tolong alam sekitar u olllsss.. 
recycle bahan terbuang...
Duit macam air terjun u ollssss (T_T)

TINKKKKK!!! 
tiba-tiba me terfikir.. bukan sahaja awak-awak yang nak create event sahaja boley ambil idea ni tapi guru-guru o cekgu cekgi diluar sana boley gunakan tutorial me sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam Pendidikan Seni, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Sivik, Pendidikan Moral ataupun waktu relief kelas kan...
Merentas kurikulum sangat idea i ollsss~ mihmihmih!!
Me kan cikgu.. kena la kretip-kretip siket.. kalau tidak ada yang akan saman, buat report, serang cikgu.. eeeeee~  mintak jauhlaaa~
mintak jauh dapat anak-anak murid yang pamper dan ibu bapa yang,,, 
tettttt~ tamau komen panjang-panjang..

ok2,, kita fokus apa me nak cerita tadi ok...

Bahan-bahannya :

BENANG KAIT

GUNTING, HOT GLUE GUN, DOUBLE TAPE

BOTOL-BOTOL TERBUANG
ni pinjam mak punya~ mihmihmih.. BUDU tetap di hati.. (^_^)



Cara-caranya :

1. Bersih guna sabun dulu.. Axion boley, Joy boley, ikotla mana korang berkenan..
 means basuhlaaa botol tu sebersih bersihnya kan.. 
kemudian toskan dan keringkan ye..

2. Setelah lap-lapkan botol atau balang sehingga kering kemudian gunakan double tape untuk ditampalkan pada balang tersebut. 
Tujuannya untuk membuatkan benang yang kita lilitkan tersebut statik sahaja tanpa bergerak-gerak. 
Lebih kepada kekemasan dan memudahkan kerja kita juga ye..
Anda boleh juga gunakan hot glue gun pada penghujung atau permulaan benang nak nak dililitkan.

3. Haaaa sekarang lilitla ikut imaginasi anda-anda semua. ikot engko la nak gayakan macam mana pun.. nak senget ke, riben ke, zigzag ke.. tak kesahlaaa...

4. dan hasilnya?
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

TADAAAA!!!

Ni botol jem strawberi me gunakan..
jangan membazir..gunakan apa yang ada yeee~

Ni pula balang-balang me beli di kedai Hinode Shop
tagline mereka mesti ada pekerja kat depan jerit
'Selamat datang! 1barang RM5 sahaja, Tak beli tak apa'

mihmihmih~

Ni view dari depanla hasil me buat..

Sebenarnya, ada lagi beberapa botol yang me DIY kan..
Gambar-gambar nanti me upload next entry k sebab barang-barang da sampai ke Kelantan..
fuhhh jauhnya!!!
tak pasti lagi untuk hiasan centerpiece ataupun hiasan bilik tidur ataupun candy buffet..

me inspired buat benda ni dari 1 gambar Professor Emeritus Google 
 
Superb cantik!! Tapi i ollsss xsemampu & sekretip beliau..
Now, enjoy pula la ye hasil-hasil me yang tidak kretip tu..
Semoga bermanfaat (^_^)
Tata!! muahmuahmuah!!!











Monday, February 10, 2014

09. TUTORIAL BANTAL HANTARAN

BANTAL HANTARAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hai semua!! hari ni dengan sedikit kerajinan tiba-tiba tangan menggatal nak menconteng blog ni.. 
So, tengah pikir-pikir apa la bahan nak update blog pemes ni then TINKKKK!!! 
y not me buat tutorial bantal hantaran kan?

Kenapa bantal hantaran yang me dok pikir nak buat tutorial? 
Sebabnya selama me buat persediaan 
kahwin ni me fikir camane nak buat sebabnya kalau ikutkan hati ni
nak upah kedai je semua setel macam BLINKKK!! siap!!hehehehhee

Memandangkan bajet yang hadooo n planning yang sangat lari dari asal sobsobsobss (T_T), 
so me decide me buat sendiri laaa...



Bahan-bahannya :

GABUS AKA POLISTRIN

of kos ni bahan utama dalam nak buat bantal hantaran kan? me bagi dalam 7 dulang hantaran sahaja so ada 7 la!! tak tahu la kalau tiba-tiba teringin nak tambah.. me pilih petak berbanding bulat sebabnya??? sukalaaaa..hahhhaa~ 
Me pilih 3 gabus besar dan 4 gabus kecil atas arahan emak..mihmihmih~ 
jangan tanya apa me nak letak sebab till now i have no idea nak letak apa & 
decorate apa kat atas tu..any suggestion guyss??


KAIN BULU-BULU + KAIN POLKADOT
Me pilih kain bulu-bulu sebabya memang dari dulu lagi suka kain jenis ni!! geram2!! 
tapi sengsara sangat oke masa gunting-gunting sebabnya bulu2 dia pun akan gugur..
fuhhh!! orang yang asma o semput kena hati-hati sikit laaaa...
kain polkadot pula digunakan untuk cover polistrin bahagian bawah tu.. sebabnya mimie tak suka rasa kosong bahagian bawah n lagi pula kalau guna sepenuhnya kain bulu-bulu untuk cover bahagian bawah ia tersangatlah membazir ok!! Membazir amalan syaitan.. jangan ikut!! 

PENITI

Jarum peniti pula untuk diletakkan o selitkan pada bahagian bawah bantal.. 
Apa tujuan? untuk memperkemas lagi bahagian bawah dan kelihatan terletak.. gituuuuu~ tak letak pun tak ape sebenarnya sebab me tak hebat & proses belajar maka saya punya kelihatan comot!! Jadi me perlukan bantuan abang peniti ni tu menetap terus disitu..


GUNTING

Kena cerita jugak ke??? errrkkkkk...ummmpppp mengada... gunting laaaa~

HOT GLUE GUN

Hot glue gun benda paling penting okeyyyy... jangan lupa gam dia tu.. Untuk siapkan 7 bantal hantaran ni me gunakan hampir 7 batang gam tu...membazirkan?? sebabnya me sangat lambat buat dan ia membazir begitu sahaja kalau kita sentiasa on suis. Now i've learn something new. Lipat-lipatkan dahulu kain-kain tersebut dan pin kan.. Dah yakin n kemas baru la awak on balik suis hot glue gun ni k... barula tak membazir.. mihmihmih~ 


Cara-caranya :

1. of koss sediakan bahan-bahan yang mimie sebutkan diataskan.

2. ukur dan gunting kain mengikut saiz gabus atau polistrin tadi.. 
lebihkan sedikit supaya kita boley bawakan kain tersebut kebawah..
tapi jangan banyak-banyak sebabnya ia akan menebalkan bahagian
hujung atau bucu nanti..

UKUR DAN GUNTING KAIN

Alamak!! me lupa nak amek gambar masa potong kain polkadot!! ok2 tak apa,,
me terangkan juga..

Apply sahaja step 2 ni pada kain polkadot.. 
bezanya ialah, TIDAK PERLU lebihkan.. kasi NGAM NGAM sahaja ye..
kenapa?
sebabnya function kain tersebut hanya untuk cover atau tutup bahagian polistrin itu sahaja..mihmih...
biarla mertua i ollss kata i oll teliti siket..
tak dapat pujian bahagian masak tapi bahagian hias-hias o kretip-kretip ni alangkah berbunganya hati..hahahhahahahah!!!

NAMPAK X FUNGSI KAIN POLKADOT TU??
3. Kemudian, gam kain polkadot dahulu ya menggunakan hot glue gun.. 
time ni la baru on kan suis hot glue gun ni...
biarkan betul-betul panas baru guna ye..

4. setelah siap gam ketujuh-tujuh kain polkadot then barula gam kain 
bulu-bulu pula... time ni akan menguji kesabaran, mental tahap phD la senang kata..
awak-awak semua godek-godekla camana nak bagi nampak kemas ye..
sebabnya me sendiri da 4 bantal baru dapat step..so frust!! 

5. Peniti!! waktu ni la fungsinya... untuk lebih kekemasan..
macam mimie bagitahu tadi yang lepas 4 bantal baru dapat step kan..
so yang 4 ni la kena kemaskan sebaiknya supaya i ollss nampak profesional sangat....
muhahhahahaha!!

OK KUALITI KAMERA SEDEYYYY..HUH!!

6. then,,,
I
I
I
I
I
I
I
I
V




NAHHH!! hasilnya... puas hati dapat hasilkan sendiri...


semoga bakal bride to be sekalian ada idea & idea dari apa yang me share..
ohhhhh!! sebelum tu.. tolong sangat-sangat berhati-hati guna hot glue gun tu sebabnya nampak je mesra rakyat dengan kita.. hakikatnya,,,



UWAAAAA!!!! gelembung...


ok ni saja entry untuk kali ni... tata!! muah muah!!
nak belanja 1 gambar lagi laaa..hehhehehe..
ok2 janji last yang ni...


next tutorial centerpice mungkin..mihmih~



Saturday, February 8, 2014

08. kawen kawen kawen

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hai!!cikebom cikebom!!mihmihmih~

betul kata orang.. bila depan mata rasa menyampah, bosan, tak suke, meluat n 
*^*%%##$%$*@ macam-macam adala kan..tapi bila tak ada baru la sesebok nak flashback balik
sume benda macam tiba-tiba jadi suweet macam gula-gula kapaskan..pastu mula la segala mak nenek group alumni, 
wasap, fb, wechat, instagram arghhh papela wujud..

kali ni me nak cite tentang kengkawan dari f4 sampai f5 di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru
aka TIJB..kos KEJURUTERAAN AWAM..

mula-mula dapat tahu dapat masuk sini punyalah terkejut,suka dan segala macam rasa la ada...

y terkejut? sebab dapat masuk sekolah teknik antara 5 terbaiklaa padahal ko yang apply walaupun result PMR me sedihh.. 

y suka? sebabnya me da dihasut dengan kata-kata negatif orang pasal aliran sains payah.. padahal da
memang cita-cita nak jadi doktor o sainstis..acane tu me?

y sedih? sebabnya zaman-zaman poyo n pemes kami berkumpulan da tak adala... sebab zaman kegemilangan me masa 
kat skula SSI dulu..next entry la cite k..hahahhahaha~ 

y meluat? sebabnya masuk TIJB ni upenya bukan best sangat pun sbb budak-budak kelas me semuanya 
skema-skema belaka.. laki-laki dia pun lahai nampak macam batang-batang mancis je stok-stok buli bdak asrama je tengok..
pompuan dia lak nampak pandai2.. malu~ 

TAPI!!
itu semua masa awal-awal kenal. 1st impression kan..da lama-lama barula me kenal rupanya kengkawan yang camgini la yang 
kekal hubungan kami sampai sekarang..papepun merekalah kawan-kawan terbaik..tq kengkawan..MUAH MUAH MUAH!! 
law aq share link dengan diorang ni kompom kena bambu..hahhahahahha..kejam!!

me kongsikan siket-siket gambar kami k..tapi yang terbaru la sebabnya gambar-gambar lama sema hilang..sobs sobs (T_T)

ni RAFEEQ.. ketua kelas kami aka buah hati DEKNA
Haaa,,yang atas tu nama dia seperti yang tertera diatas..budak kelas memang panas dengan dia sebabnya dia bising dan banyak cakap..potpetpotpet!! oooh oh oh lupa..musuh utama beliau is DEEDY yang ala-ala JAAFAR ONN kelas kami.. insyaAllah dalam tempoh 2 tahun baula nasik minyak rapek dengan dekna ni.. kenangan paling tak boleh lupa is RAFEEQ ni jatuh kusi kebelakang masa dating dengan DEKNA dalam kelas..muhahahahahahaha!!


Dari kiri : Ain Noh, Deqna aka awek Rafeeq, Kak Bell, 
Wahida, Syera aka budak kecik yang betulke kecik??hahaha i mean budak lompat, 
menantu Cikgu Shimul, of kos Cikgu Shimul & last but not least its me!!! 




CIKGU SHIMUL dapat menantu~
Warden aka cikgu add math kami paling superb,sporting,kelakar,best sangat2...pagi mengajar malam jual burger kat umah..hahahhaha! syiok wooo.. bebop n dija selalu ajak pegi umah cikgu  sebabnya dia nak jumpa budak-budak laki..muhahhaahha!!lawak.. 25disember2013 cikgu dapat menantu untuk anaknya yang sama baya dengan kami..

Syera & Ain : ' Bagus! Bagus Diana! haaa yang kiri tu,, eh awak! kanan tu lagi banyakla!'
hampeh mengarah saje..seb bek taw kerjanya mengutip motan pas jatuh..


KAK BELL vs DIANA
Sape menang?? (*_*)


ish ish mimie..gemoknyaaa~


AIN, KAK BELL, MIMIE, SYERA
Balik je dari umah cikgu shimul terus anta KAK BELL ni balik umah..ingat free je ke amik anta awak ha KAK BELL?? HAHAHA.. xnx duduk lama-lama terus amek galah n kait buat motan akak RAMBUTAN.. bukan sebab nak buah sangat tapi nak lepas meroyan jadi orang kampung yang dapat kait sendiri pokok buah..almaklumlaa i ollss umah flat jee..xd tanah..hahahhaha